Wednesday, 12 May 2010

STAF DEWAN BUDAYA ( PEMBANGUNAN SENI BUDAYA ) USM PULAU PINANG


Barisan Pegawai Kebudayaan dan Timbalan Dekan PSB
Dari kiri : Mohd Yusof Bakar ( 04-6534093 ), Ramnah Ramli ( 04 - 6533487 ), Noraza Abd Aziz ( 04 - 6533488 ) , Haji Ahmad Hashim ( 04 - 6534348 ), Norhelmi Othman ( 04 - 6532308 ).
Tengah : Encik Mohamad Omar Bidin ( 04 - 6551052 ).
  
Bahagian Pentadbiran : No 2 dari kiri : Puan Fadzilah Ismail ( Tempahan Dewan ), Puan Zuraidah Ahmad ( Kewangan ) - 04-6532307 dan Puan Afifah Mursyida Ahmad ( Steno - 04-6534126 ).
Artis Budaya ( Tarian )-  Dari Kiri:  Zolkafli Ishak dan Norazizah Rusli ( 04 - 6533498 )

Artis Budaya ( Muzik ) : Mohd Faisal Mohamed Zain , Shamsuri Darus , Hamdan Hassan, Razali Daim dan  Shamsul Bahari 04-6533045.
Juruteknik : Yusri Rahman dan Mazlan Abdul Malik 04 - 6532307, Cik Norliana Mohamad ( Pentadbiran : 04 - 6534126 )
Anuar Zakaria ( PRA ) , Zahidi Kasim , Mohd Azmi Adam ( PRA ) 04- 6532307

BORIA - IDENTITI MASYARAKAT PULAU PINANG

Boria merupakan sejenis teater tradisi yang unik dan amat popular di Pulau Pinang. Ia mempunyai pengisian lakonan ( lawak jenaka ), nyanyian, muzik serta tarian. Elemen - elemen ini digarapkan menjadi sebuah persembahan yang mempunyai struktur yang istimewa. Boria asalnya dilakonkan oleh orang - orang lelaki sahaja. Namun apabila ianya sampai ke Tanah Melayu, persembahnya telah bertukar corak dan peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan  serta mengikut selera masyarakat tempatan. Lakonan dalam boria menampilkan lawak jenaka yang menyentuh isu semasa dan terkini. Ini menunjukan, boria juga merupakan satu medium hiburan yang mempunyai mesej dan sensitiviti tersendiri. Apabila lakonan berakhir, muzik, nyanyian serta tarian akan menyusul bagi melengkapkan persembahan . Ketua penyanyi di dalam boria atau lebih dikenali sebagai tukang karang akan masuk ke pentas sambil memusingkan 'baton' dan juga mendahului kelas penari / penyanyi latar. Manakala para kelasi pula akan menari serentak dan seragam dengan langkah - langkah tertentu mengikut formaliti langkah tari boria yang sememangnya telah ditetapkan. Pola lantainya adalah ditentukan oleh sesebuah kumpulan boria dengan kreativiti tersendiri. Secara dasarnya, persembahan boria adalah seperti berikut :
i.  Lakonan
ii. Persembahan nyanyian, muzik dan tarian
iii. Tukang Karang menyanyi satu rangkap
iv. Sailor menyanyi satu ramgkap

a, b , a , b... dan seterusnya hingga selesai.

Sunday, 9 May 2010

Bangsawan Sinbad

Pada 1hb dan 2hb Mac 2010 yang lalu, bertempat di Oditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang telah diadakan pementasan Bangsawan Sinbad : ‘Batu Permata Dewa’ , anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ( JKKN ) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Sambutan penonton amat menggalakkan sehingga tiket persembahan habis dijual. Pementasan yang berlangsung selama dua malam itu, turut disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama ( Dr ) Hj Abdul Rahman Haji Abbas, Yang diPertua Negeri Pulau Pinang bersama Prof Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM dan Dato Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN.
Bangsawan Sinbad : Batu Permata Dewa merupakan hasil sentuhan Saudara Rosnan Nordin yang kini menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah Kanan di JKKN. Anak jati kelahiran Negeri Pulau Pinang ini menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Pengarahan dan Lakonan di USM pada tahun 2001. Berkecimpung dalam bidang seni mulai tahun 1980 dan sehingga kini telah menghasilkan sebanyak 253 naskah Drama Radio untuk siaran radio di Pulau Pinang, Kedah , Perak dan Pahang. Dalam drama pentas, karya pertama beliau adalah Panglima Pulau Seberang ( 1985 ) diikuti dengan Skrip Monolog ( 1986 ) yang memenangi Pekan Teater pada tahun 2001. Penglibatan awal Rosnan dalam bangsawan bermula pada tahun 1984 apabila terlibat dalam bahagian teknikal untuk bangsawan Raden Mas sempena Manifestasi Bangsawan diikuti kemudiannya pada tahun 2000 di dalam pementasan bangsawan GulBakali arahan Prof. Madya Dr Samad Salleh.
Bangsawan Sinbad: Batu Permata Dewa, sebelum ini pernah dipentaskan di Panggung Bandaraya DBKL sempena Siri Penutup Semarak Bangsawan 2009. Pementasan di Kuala Lumpur telah mencatat sejarah, kerana pihak penganjur terpaksa menyediakan persembahan tambahan pada sebelah petang dan memasang skrin di lobi atas permintaan ramai yang cukup hebat. Statistik pengunjung pada empat pementasan tersebut adalah seramai 1,957 orang penonton. Persembahan bangsawan ini merupakan pementasan yang tertinggi dihadiri penonton sepanjang perlaksanaan Program Semarak Bangsawan dimulakan semenjak 2007 yang lalu. Berikutan sambutan hangat penonton, pementasan itu kini bertandang pula di USM, selama dua hari bagi menemui pula peminat bangsawan di kawasan utara.
Berbeza dengan persembahan bangsawan lain yang seringkali mengangkat cerita sejarah raja - raja , Bangsawan Sinbad : Batu Permata Dewa, diambil dari kisah Hikayat Parsi 1001 Malam yang terkenal di Timur Tengah . Selain menghiburkan , persembahan bangsawan Sinbad sarat dengan unsur pengajaran yang baik dan amat berguna kepada generasi muda. Bermula dengan persembahan montaj dan sedutan dialog daripada Ratu Sheeba yang dilakonkan oleh Shafinas Selamat, penonton semakin ghairah menantikan babak pertama dalam persembahan itu. Alunan suara soprano Shafinas memecah keheningan dan kekusyukan penonton yang terpaku seketika tak kala penyanyi jelita itu melontarkan suaranya.
Bangsawan Sinbad: Batu Permata Dewa mengisahkan kejadian yang berlaku di Kerajaan Syarib, di mana Batu Permata Dewa yang mempunyai kuasa sakti milik Puteri Jasmin berjaya dicuri oleh musuhnya Ratu Sheeba. Raja Syarib amat berdukacita kerana batu berkuasa sakti itu merupakan pewaris kepada Kerajaan Syarib dan dijaga oleh anakanda kesayangannya Puteri Jasmin. Batu Permata Dewa mempunyai kuasa sakti yang boleh menukarkan manusia kepada bentuk haiwan. Perkara inilah yang amat ditakuti oleh Raja Syarib kerana dengan memiliki batu tersebut sudah pasti Ratu Sheeba akan dapat memusnahkan kerajaannya. Datuk Syah Bandar telah memberi cadangan kepada Raja Syarib agar Sinbad iaitu orang tawanan istana pergi mencari baktu sakti itu. Raja Syarib memberi tempoh sepurnama kepada Sinbad untuk mendapatkan kembali Batu Permata Dewa ataupun setiap isi tawanan Kelasi Sinbad akan dibunuh. Sinbad menerima pelawaan Raja Syarib tetapi dengan syarat Puteri Jasmin mesti turut serta dalam pelayaran bersamanya.
Ratu Sheeba yang mendapat tahu mengenai pelayaran Sinbad melalui Mumbra ( orang suruhannya) merancang untuk memerangkap Sinbad. Dengan kesaktian Batu Permata Dewa, Ratu Sheeba telah menyihir pelayaran Sinbad dan menyebabkan kapalnya terdampar di dalam hutan. Pengembaraan Sinbad yang penuh kesukaran menonjolkan pelbagai halangan berbahaya seperti kemunculan fenomena mistikal dan kuasa jahat hasil jelmaan Ratu Sheeba. Namun kejadian itu tidak pernah melemahkan semangat Sinbad untuk berusaha menentang kuasa jahat . Ratu Sheeba menyamar sebagai seorang nenek tua dengan memberikan makanan kepada Sinbad, Puteri Jasmin, Abdul ( kelasi utama ), dayang – dayang dan para kelasi kapal yang lain hingga menyebabkan mereka pengsan. Bagi menunjukkan kekuasaannya, Ratu Sheeba telah menyihir Puteri Jasmin dan Abdul bertukar menjadi arnab dan kambing. Namun begitu, atas kebijaksanaan Sinbad yang menggunaText Colourkan dayang – dayang untuk memperdayakan Mumbra, Kramba dan Yaman ( orang suruhan Ratu Sheeba ), menyebabkan mereka berjaya melepaskan diri dan merampas kembali Batu Permata Dewa . Babak terakhir menyaksikan pertarungan di antara Sinbad dan Ratu Sheeba. Sinbad telah menggunakan batu sakti untuk menewaskan Ratu Sheeba dan pengikut – pengikutnya.. Akhirnya Batu Permata Dewa berjaya dikembalikan semula kepada Kerajaan Syarib. Sinbad dan Puteri Jasmin disatukan dan Sinbad ditabal sebagai Raja Kerajaan Syarib yang baru. Keistimewaan Bangsawan Sinbad terletak kepada kejayaan Pengarah yang berjaya mengolah cerita Hikayat Parsi itu dengan memasukkan unsur – unsur tempatan dalam dialog lakonan yang amat bersahaja dan sesekali menggamatkan suasana. Tambahan pula kekuatan semua para pelakonnya terutama watak Sinbad yang dilakonkan oleh A.Aris A.Kadir dan watak Ratu Sheeba oleh Syafinas Selamat menyebabkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk. Kehebatan A.Aris A.Kadir , bekas kareografer Akademi Fantasia musim ke – 7, tidak dapat disangkal kerana kejayaannya menjiwai watak Sinbad yang memerlukan dirinya menari dan menyanyi pada satu masa. Setiap gerak geri tarian dan aksi tangkas yang ditonjolkan dilihat cukup sempurna dan menghiburkan. Mungkin pengalamannya yang sebelum ini pernah terlibat sebagai Kareografer Teater Muzikal Ali Baba, Aladdin, Muzikal Teater Tun Ismail dan Muzikal Teater Tun Razak amat membantu persembahannya dalam pementasan bangsawan kali ini.
Shafinas Selamat pula yang memegang peranan sebagai Ratu Sheeba dilihat amat bersahaja dalam lakonannya. Rupanya kehebatan Shafinas bukan sahaja di terjemahkan di pentas nyanyian, tapi turut terserlah di pentas bangsawan. Pengalamannya beraksi di pentas Teater Muzikal Rubiah tahun lalu dan pengalamanya sendiri sebagai Pensyarah Muzik Di UiTM, Shah Alam dilihat banyak membantu lakonannya dalam persembahan bangsawan ini. Setiap hilai tawanya yang menggunakan suara soprano amat terkesan kepada penonton. Shafinas juga dilihat bijak menggunakan ad lips dalam dialog lakonannya. Hasilnya oditorium gamat dengan deraian ketawa penonton.
Selain itu, watak lain yang dilihat tidak kurang penting dan amat mempengaruhi cerita bangsawan Sinbad: Batu Permata Dewa ialah watak Mumbra, Krumba dan Yaman yang dilakonkan oleh Muhamad Haris Zakaria, Ismarizal Zulamran dan Baharuddin Baharin Ramli. Ketiga – tiga mereka merupakan Pegawai Kebudayaan JKKN yang berbakat besar dan pernah terlibat dalam persembahan Puteri Gunung Ledang The Musical yang dipentaskan di Istana Budaya pada tahun 2006 yang lalu. Selain itu unsur – unsur kekaguman ( tasmat ) yang menggunakan teknologi terkini wajar diberi pujian. Ini dapat dilihat terutamanya dalam babak pertarungan di antara Sinbad dan Ratu Sheeba, Pengarah menggunakan teknik multimedia membentuk kuasa senjata untuk kedua – dua pelakon tersebut dan hasilnya amat mengkagumkan.Tidak kurang menariknya para penari dan penyanyi extra – turn yang amat menggoda di atas pentas dengan pemilihan lagu semasa dan ‘retro’yang amat menghiburkan seperti ’Saturday Night Fever’, ”Shanghai Beach’, ’Nour El Chams’ dan Copacabana. Para pelakon lain yang terlibat ialah Zulkarnain Ramly ( Sultan Syarib ), Rosdiana Roman ( Permaisuri ), Hisham bin Md Hussein ( Bendahara )dan Mohd Rizal Ismail ( Datuk Syahbandar ). Hampir keseluruhan para pelakon yang membintangi persembahan Bangsawan Sinbad terdiri daripada Pegawai – Pegawai Kebudayaan dan Pegawai kanan tertinggi JKKN.
Sesungguhnya usaha JKKN memartabatkan kembali bangsawan melalui Siri Program Semarak Bangsawan wajar mendapat pujian. Kehadiran ramai penonton membuktikan persembahan bangsawan masih diminati biarpun terpaksa bersaing dengan bentuk – bentuk hiburan baru yang lain. Kepada seluruh tenaga kerja produksi Bangsawan Sinbad: Batu Permata Dewa syabas dan tahniah !

Dewan Budaya ( Pembangunan Seni Budaya ) USM

Dewan Budaya ( Pembangunan Seni Budaya ) USM , Pulau Pinang merupakan sebuah Pusat Kecemerlangan di bidang Kebudayaan dan Kesenian di Universiti Sains Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1994. Dewan Budaya menyediakan ruang dan tempat kepada pelajar dan staf untuk melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan bidang kebudayaan. Fungsinya tidak sahaja menjalankan aktiviti serta menyediakan perkhidmatan di bidang kebudayaan dan kesenian tetapi mencakupi ruang lingkup yang berkaitan dengan bidang keilmuan sama ada melalui penyelidikan, pendidikan, seminar , kursus atau bengkel - bengkel tertentu.  Di ketuai oleh seorang Timbalan Dekan Pembangunan Seni Budaya - Encik Mohamed Omar Bidin. Terdapat 5 orang Pegawai Kebudayaan yang mengetuai unit masing - masing iaitu Encik Mohd Yusof Bakar ( Pameran ), Puan Noraza Abd Aziz ( Penyelidikan ), Encik Norhelmi Othman ( Pendidikan ) , Puan Ramnah Ramli ( Persembahan ) dan Encik Ahmad Hashim ( Pengembangan Budaya ).Manakala Bahagian Pentadbiran diketuai oleh Encik Mahizan Mahamud.