Wednesday 12 May 2010

BORIA - IDENTITI MASYARAKAT PULAU PINANG

Boria merupakan sejenis teater tradisi yang unik dan amat popular di Pulau Pinang. Ia mempunyai pengisian lakonan ( lawak jenaka ), nyanyian, muzik serta tarian. Elemen - elemen ini digarapkan menjadi sebuah persembahan yang mempunyai struktur yang istimewa. Boria asalnya dilakonkan oleh orang - orang lelaki sahaja. Namun apabila ianya sampai ke Tanah Melayu, persembahnya telah bertukar corak dan peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan  serta mengikut selera masyarakat tempatan. Lakonan dalam boria menampilkan lawak jenaka yang menyentuh isu semasa dan terkini. Ini menunjukan, boria juga merupakan satu medium hiburan yang mempunyai mesej dan sensitiviti tersendiri. Apabila lakonan berakhir, muzik, nyanyian serta tarian akan menyusul bagi melengkapkan persembahan . Ketua penyanyi di dalam boria atau lebih dikenali sebagai tukang karang akan masuk ke pentas sambil memusingkan 'baton' dan juga mendahului kelas penari / penyanyi latar. Manakala para kelasi pula akan menari serentak dan seragam dengan langkah - langkah tertentu mengikut formaliti langkah tari boria yang sememangnya telah ditetapkan. Pola lantainya adalah ditentukan oleh sesebuah kumpulan boria dengan kreativiti tersendiri. Secara dasarnya, persembahan boria adalah seperti berikut :
i.  Lakonan
ii. Persembahan nyanyian, muzik dan tarian
iii. Tukang Karang menyanyi satu rangkap
iv. Sailor menyanyi satu ramgkap

a, b , a , b... dan seterusnya hingga selesai.

3 comments:

  1. Terima kasih kerana tak lupa kepada boria...

    ReplyDelete
  2. sama - sama... mudahan usaha yang baik diberkati. InsyaAllah!

    ReplyDelete
  3. sy perlu berjumpa dengan siapa untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai tarian boria ini.?

    ReplyDelete